Sunday, July 5, 2009

Aurat wanita menurut Islam....


hmm... dah lame btul ak x post ape...sumenye atas sebab2 kesibukan yg terlampau n sistem tanpa wayar UiTM yang terlalu lah lembap...huhu...(cam siput...haha...) apepun, keajaiban tiba2 terjadi apabila sistem ini aktif sebaik sahaja suis laptop dihidupkan...haha...(apelah ak merepek ni...) Oleh itu kesempatan yg sekejap ini sy gunakan utk menerawang sebentar di sistem sesawang....(weh, esok pg forum tau! dahlah skrip x abis hafal lg...huhu)... Because of that, sy hanya sempat mengopy paste artikel ini khas utk anda sume (especially yg perempuan)... Dah lame nk wat post ni, fortunately jumpe artikel ni lps merayap2 bertemankan kwn baik sy, google!! Hayatilah....



AURAT WANITA MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS.......

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demJustify Fullikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut

-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

ape tunggu lg? To all girls and women out there let's grab this chance to become the so-called 'WANITA SOLEHAH " referring to the Holy Quran and Al-Hadith...

Last word from me...."renung2kan, dan selamat beramal...."


7 Comments:

At July 6, 2009 at 11:18 AM , Blogger Unknown said...

salam
satu entri yang bagus..z cadangkan supaya muslimah membaca buku 'Mengapa saya bertudung' keluaran PTS.Mungkin ini boleh dijadikan hadiah untuk kawan2 kita yang belum menerima hidayah untuk memakai tudung.Doakan supaya mereka mendapat petunjuk =)

 
At July 6, 2009 at 12:59 PM , Blogger Maisarah said...

salam...thanks...
betul2....
buku 2 mmg best....
yg ade cite kumalasari tu kan?
buku 2 menceritakan pengalaman sebenar mereka yg br mula memakai tudung n ape makna sebenar tdg kepada mereka...
kalo ade lg buku 2 dijual, mmg teringin sgt nk beli...kat lib pun ade....

 
At July 8, 2009 at 1:42 AM , Blogger jiwa hamba said...

Assalamualaikum..
kalau boleh kau tampallah artikel bagus ini di surau dan kolej, ianya akan lebih berkesan.
Mai', aku harap kita terus istiqamah dalam berdakwah, kerana lepas ini cabaran lebih besar dan tanggungjawab kita makin berat.

 
At July 8, 2009 at 1:50 AM , Blogger Maisarah said...

Insya-Allah...ak akan print n tampalkan di surau....
hmmm...same2lah kita berdoa agar diberikan kekuatan,kesabaran n istiqamah dalam perjuangan dakwah kita....

 
At July 17, 2009 at 6:39 AM , Blogger harizdaN said...

maie, ko ade buku 2 ek?
nk2..

 
At July 17, 2009 at 3:14 PM , Blogger Maisarah said...

xdelah buku 2...ak ari2 pun bace yg lib punyer...x tau ah die ade cetak lg ke tak...

 
At December 2, 2011 at 6:14 PM , Blogger teha said...

mintak copy yee :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home